Belajar Buat Tema WordPress Guna Sage (Roots.io)

Saja mahu menambah skill bina tema untuk wordpress. Biasa asyik guna plugin page builder sahaja.

Tidak lah susah sangat, cuma kena perlu faham struktur file, bootstrap, css dan lain-lain. Menariknya sage ni, dia ada kaitan sikit dengan penggunaan blade seperti di dalamĀ Laravel Framework.

Laravel ini salah satu kerangka yang popular dalam bahasa komputer, PHP. Jadi, bagi mereka yang sudah biasa dengan Laravel, pasti tidak kekok untuk mula membina tema wordpress dengan menggunakan Sage.

Bersama-sama artikel ini, saya sertakan dua pautan video yang saya sendiri gunakan untuk belajar secara praktikal.

Cuma, video ini tiada bunyi atau suara penerangan. Hanya ada kod-kod yang ditaip dan websync yang dipaparkan di browser sebagai terjemahan kod yang ditulis.

Bahagian 1


Bahagian 2

Mindset

25 October 2018, hari ni tambah ilmu dalam pemasaran atas talian. Lebih fokus kepada membetulkan mindset sebenar dalam cara menghasilkan kempen-kempen iklan.

Kembali melihat facebook. Melihat aktiviti yang dikongsikan pada hari ni. Jika berdasarkan tarikh ini, kira-kira beberapa hari lagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bakal dihadapi pelajar-pelajar sekolah menengah.

Teringat pula macam-macam kenangan 10 tahun yang lepas.

Kenangan berhempas pulas nak pastikan dapat buat yang terbaik lagi untuk 1 pencapaian dalam kehidupan.

10 tahun lepas, saya sudah pun didedahkan dengan ‘timeframe’ perancangan 5 tahun selepas SPM, bila dilihat semula mungkin ada yang mengena dan ada juga yang lari.

Itulah kehidupan. Tidak lari dari ‘try and adjust’. Ini yang saya belajar sepanjang 10 tahun selepas SPM.

Persoalan berkenaan “Apa yang aku nak buat selepas ini”, sejujurnya saya baru dapat jawapannya dengan yakin pada 3 tahun lepas.

Apapun, selamat maju jaya kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan SPM 2018 yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Perbetulkan mindset, agar segala tindakan dan perancangan akan lebih fokus dan mampu dilaksanakan.

Latihan Industri Universiti Kebangsaan Malaysia 2018

Selesai menerima kunjungan lawatan Dr. Nurulhikma, pensyarah Sains Bioteknologi dari Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lawatan ini adalah sebahagian proses penilaian pelajar latihan industri sebelum mereka bergraduasi. Bertemu semula dengan kak zah, pegawai di Rumah Tumbuhan UKM.

Beliau masih ingat lagi siapa yang selalu bawa bekal makan tengah hari di Rumah Tumbuhan dulu.

Teringat zaman saya sendiri sewaktu mengaji di UKM, Bangi. Teringat zaman menjalani latihan industri di Serotech Sdn. Bhd.

Sudah 5 tahun masa itu berlalu. Pelbagai ragam manusia dihadapi. Semuanya adalah proses pembelajaran.

Apapun, tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada mahasiswa yang bakal bergraduasi. Terasa ingin sambung belajar pula.

Bunga Pokok Buah Naga

Bertahun-tahun ditanam oleh bapak.

Hampir 6 tahun. Tetap tak lekat bunganya.

Bila dilihat kembali, sebenarnya pokok ni bersaing baja dengan pokok di sekitarnya. Ada pokok limau, pokok pandan, dengan pokok bunga. Tempat pula terhad.

Dapat tengok bunga je lah. Hahaa. Buahnya entah bila dapat merasa. Rasa macam nak buat pula tanam sayur kecil kecilan tepi rumah macam dulu. Sebelum ni terpaksa berhenti tanam cili sebab terlalu banyak serangan lalat buah. Habis rosak buahnya. Tak sempat petik.

Nak tanam secara organik, tanam untuk makan sendiri, kesihatan terjamin InsyaAllah.

Ramadhan


Tertutup jangan jumud, Terbuka jangan hanyut

Setiap hari,

setiap langkah,

setiap visual,

setiap pengalaman,

setiap cabaran,

setiap dugaan

Perlu dihadapi dengan apa jua emosi yang bertimpa-timpa. Setiap dari kita ada saat yang pernah kita rasa down gila sampai ke tahap paling rendah sekali.

Sampai ke dasar lautan emosi.

Walau apa jua emosi yang menimpa,

Usah dipendam terlalu lama,

Usah diluah terlalu amarah.

Uruslah dengan apa jua cara yang tidak melukakan pihak lain.

Ketap bibir selagi mampu.

Jalan terus.

Banyakkan berdoa di bulan mulia,

Moga doa yang baik itu juga menjadi cerminan kembali kepada diri kita.

Moga Allah Redha.

Jurutera Pencen

Al kisah Jurutera Pencen

Seorang jurutera menyatakan hasratnya untuk bersara dari sebuah syarikat pembinaan yang terkenal atas faktor umur dan tekanan kerja.

Namun, perkara tersebut ditolak oleh pihak pengurusan dengan alasan bahawa si jurutera ini masih terikat dengan sebuah projek pembinaan sebuah rumah.

image

Lalu dengan berat hati, si jurutera ini meneruskan tugasannya yang terakhir sebelum bersara. Dalam keadaan tiada keterujaan dan kesungguhan dalam diri, hasil kerja sudah pasti ‘asal siap’.

Dalam pada itu, pihak syarikat sebenarnya ingin melakukan kejutan. Perkara ini disembunyikan daripada pengetahuan si jurutera.

Sebaik sahaja rumah tersebut disiapkan, si jurutera ini tadi berjumpa pihak pengurusan syarikat untuk melaporkan kerjanya. Beliau hanya memikirkan, “aku ingin berehat selepas ini” tanpa mengagak sebarang kejutan yang bakal diumumkan oleh syarikat.

Sebaik sahaja permohonannya untuk bersara diluluskan, pihak syarikat mengumumkan bahawa rumah yang baharu sahaja disiapkan itu adalah rumah milik jurutera tersebut.

Apakah reaksi jurutera pencen tersebut? Pastinya sesalan sepanjang umur kerana rumah itu yang bakal beliau diami untuk meneruskan kehidupannya.

Begitu juga dunia dan akhirat ini. Di dunia ini adalah ‘ladang’ untuk kita kerjakan. Jika baik amalnya, baik juga ganjarannya. Begitu juga sebaliknya. #fk #senyum

Fikri @ fatamorganakehidupan.wordpress.com
43900, ST.

Mulberry: Tunas Baharu

image

image

Melampau pula kesan bokeh pada gambar. Tidak sabar untuk melihat pokok ini menghasilkan buahnya yang merah keungguan.

Fikri
43900, ST.

Fikri @ fatamorganakehidupan.wordpress.com
43900, ST.